ktanmarapmsia003_1537112320.jpg

Kelantan mara ke suku akhir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Kelantan mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas Kedah dalam aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, sebentar tadi.

Kelantan memperoleh peluang terbaik untuk berada di depan menerusi tandukan Shafiq Shaharudin seawal minit ke-10 namun percubaannya sedikit tersasar walaupun penjaga gol, Abdul Hadi Abdul Hamid sudah tertewas.

Selang seminit, Kedah yang turun tanpa tonggak import dari Brazil, Paulo Rangel hampir mendahului menerusi rembatan deras Abdul Halim Saari namun ditepis keluar, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.

Selepas itu, penyerang import Kedah, Sandro Da Silva dan penyerang tuan rumah, Shafiq terus buntu mencari gol pendahuluan walaupun saling berbalas serangan.

Pada minit ke- 45,The Red Warriors (TRW) mendapat peluang terbaik untuk mencetak gol pendahuluan, namun rembatan Shafiq diselamatkan Abdul Hadi.

Bersambung babak kedua, Kelantan semakin rancak melancarkan serangan bagi mencari gol menerusi gandingan Danial Ashraf Abdullah dan Shafiq.

PEMAIN Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid diasak pertahanan Kelantan, Ahmad Haziq Ahmad Puad pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mohd Ke IV, Kota Bharu. – NSTP/Fathil Asri

Gol pertama dicari Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke- 51 menerusi Danial Ashraf yang merembat kencang dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Nik Akif Syahiran.

Kedah juga berpeluang mencetak gol penyamaan pada minit ke-59 dan minit ke-74 menerusi Akhyar Rashid dan tandukan susulan Liridon Krasniqi namun Faridzuean berjaya menepis keluar.

Pada minit ke-91 Nik Akif melebarkan jaringan buat TRW hasil sepakan leret menewaskan Abdul Hadi dan kedudukan 2-0 kekal Sampai wisel penamat.

Kelantan mara ke suku akhir

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *