WhatsApp_Image_2017-02-01_at_4.22.21_PM.jpeg.transformed.jpg

Keluarga, JKM diminta bantu Ben Nathan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEN pernah meraih kegemilangan pada era 80-an dan pernah popular menerusi Gita Stanza Sepi Sekeping Hati.

KUALA LUMPUR: Presiden Yayasan Seniman 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave meminta keluarga Ben Nathan membantu penyanyi era 1980-an itu menjalani kehidupan normal, bukannya membiarkan dirinya Tak terurus dan berkeliaran di ibu kota.

DJ Dave berkata, Ben Tak sepatutnya menghabiskan sisa hidup dengan merayau tanpa tujuan.

Malah, DJ Dave berkata, penyanyi yang popular dengan Gita Stanza Sepi Sekeping Hati itu wajar dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pertama kali berjumpa dengan Ben Adalah di Muzium Negara, dua tahun lalu. Bila bercakap dengan Ben, dia ingat saya. Saya menawarkan pertolongan tetapi ada saja alasan Ben.

“Saya kemudian berjumpa lagi dengan Ben di Brickfields sebanyak dua kali. Macam biasa, Bila saya mengajaknya masuk ke dalam kereta, dia menolak dengan pelbagai alasan.

“Saya tak tahu bagaimana lagi nak bantu Ben melainkan keluarganya berjumpa saya,” katanya kepada BH Online.

DJ Dave mengulas mengenai penyebaran rakaman video dalam laman sosial yang antara lain memaparkan Ben dalam keadaan Tak terurus, bercakap dengan individu di tepi jalan.

Video terbabit dimuat naik pemilik Facebook (FB) dikenali sebagai Mannin Mainthan Malaysia (MMM) yang meluahkan rasa sedih memandang Ben berkeliaran. Bekas penyanyi itu dikatakan sering ditemui di Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang.

Berdasarkan video yang dirakamkan, Ben yang comot dengan baju kusut-masai, menerima sampul angpow daripada individu yang merakamkan video berkenaan.

Sehingga petang ini, video terbabit ditonton lebih 80,000 dengan 1,200 perkongsian. Sejak rakaman video itu menjadi viral, netizen meluahkan simpati terhadap Ben dan meminta pihak berwajib menghulurkan bantuan.

DJ Dave berkata, dia ada menghantar surat kepada JKM supaya bantuan dapat disalurkan kepada Ben.

“Itu sahaja caranya… Saya rasa ia menjadi kesalahan jika saya memaksa Ben mengikut saya,” katanya.

DJ Dave berkata, dia ada berjumpa dengan abang kepada Ben dan meminta dia membawa penyanyi itu pulang ke pangkuan keluarga.

“Abang Ben beritahu dia sangat degil dan Tak mahu pulang ke rumah. Bagaimanapun, kami terputus hubungan kerana saya Tak lagi menyimpan nombor telefonnya,” katanya.

Keluarga, JKM diminta bantu Ben Nathan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *