image281029.jpg

Kemelut Nora, Fasha Akan temui nokhtah?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KONTROVERSI yang melibatkan pelakon Nora Danisha dan Fasha Sandha yang hebat diperkatakan berkait sebuah acara fesyen tahun lalu Akan berakhir Bila ia akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam tidal lama lagi.

Menurut Nora sebagaimana yang dipetik daripada Media Hiburan, tindakan tersebut diharapkan menjadi jalan perdamaian terakhir untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“…between me against Fasha for defamation, I shall make a statement as soon as I receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon. Korang nantikan OK,” ujarnya kepada pihak media.

Isu hubungan antara Nora dan Fasha bukanlah perkara baharu, malah sering sering diperkatakan semenjak dulu lagi.

Justeru Nora sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa kali ini ia akan menjadi titik nokhtahnya.

“Inilah dia. Apa yang Nora akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya.

“Memang akan jadi yang terakhir. Saya positif, very positif,” tegasnya.

Nora yang juga ibu kepada dua anak ini mengharapkan agar semua urusan tersebut berjalan dengan lancar dan turut berdoa supaya konflik yang berlaku itu dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin.

Dalam perkembangan lain, Nora turut memberitahu Akan kembali ke set penggambaran drama terbaharunya pada Jualai depan setelah  berehat panjang sebelum ini kerana melahirkan anak keduanya.

Kemelut Nora, Fasha Akan temui nokhtah?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *