maryy.transformed.jpg

Kementerian Pendidikan akan siasat dakwaan pesakit diugut bayar bil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berucap pada Majlis Perasmian Rumah Warisan Hajah Kundur di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. – Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi sedia menjalankan siasatan terhadap dakwaan pesakit diugut untuk selesaikan bil rawatan di pusat perubatan di bawah kementerian itu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, siasatan akan dibuat bagi menentukan sama ada pesakit Adalah pesakit biasa atau mereka Adalah pesara kerajaan atau orang kurang upaya (OKU).

“Jika OKU atau pesara mereka layak diberikan rawatan secara percuma,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) mengenai tindakan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (Pusat Perubatan UKM) mengeluarkan surat-surat peguam untuk mengugut pesakit akan menyenarai hitam dan menyaman mereka di mahkamah kerana gagal melangsaikan bil perubatan mereka.

Yap berkata pengeluaran surat tuntutan biasanya Adalah “langkah terakhir” selepas pelbagai kaedah dibuat untuk menuntut bayaran.

Ia termasuk menghantar surat peringatan, menghubungi pesakit melalui telefon dan menawarkan bayaran ansuran, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kementerian Pendidikan akan siasat dakwaan pesakit diugut bayar bil

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *