22shahidan1a.transformed.jpg

Kemudahan mangsa banjir di Sabah, Sarawak ditambah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BELUD: Kerajaan akan menambah masing-masing 200 unit kemudahan penghadang kepada Sabah dan Sarawak untuk kegunaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata kemudahan itu akan memberi keselesaan kepada mangsa banjir dan keluarga di pusat pemindahan.

“Kita akan membantu menambah kemudahan diperlukan mangsa banjir agar mereka lebih selesa untuk tidur,” katanya kepada media selepas melawat mangsa banjir di Dewan Masyarakat Tun Said di sini, malam tadi.

Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Kota Belud, Gari Itam dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Abdul Rashid Harun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) beramah mesra dengan sebahagian mangsa banjir ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Tun Said, Kota Belud. – Foto Edmund Samunting

Shahidan turut menghabiskan masa hampir setengah jam bertanya khabar kepada mangsa banjir di pusat berkenaan.

Beliau berkata, tiada aduan dikemukakan mangsa banjir di pusat pemindahan itu, namun beliau meminta Pegawai Daerah untuk kerusi roda kepada seorang mangsa banjir.

“Mereka tiada masalah, makanan dan minuman mencukupi. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit membantu mangsa banjir di daerah ini,” katanya.

Shahidan tiba di Sabah malam tadi untuk meninjau keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Kota Belud dan mangsa tanah runtuh di Penampang.

Beliau turut mendengar taklimat bencana banjir dan tanah runtuh di Sabah yang Di Katakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah.

Kemudahan mangsa banjir di Sabah, Sarawak ditambah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *