Danny_Welbeck_1537586521.jpg

Kenapa pilih Welbeck?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

LONDON: Pengendali England, Gareth Southgate dikecam kapten Watford, Deeney Bila mengganggap pemilihan pemain yang dilakukan Southgate Tak adil dan pilih kasih.

Menurut Deeney, pemilihan Danny Welbeck ke dalam skuad England Adalah contoh jelas mengapa penyerang Arsenal itu masih diberi kepercayaan, sedangkan hanya memanaskan bangku simpanan dan jarang beraksi di Emirates.

“Saya hormati keputusan (Southgate). Namun saya juga Tak mengatakan yang saya sangat gembira kerana tak dipanggil. Ini kerana, saya antara pemain yang mahukan panggilan itu dan percaya saya berhak mendapatkannya. 

“Empat perlawanan memang tak cukup untuk berada dalam pasukan kebangsaan, tetapi saya serta rakan lain seperti Danny Ings, Glenn Murray, Callum Wilson mungkin antara senarai yang patut ada dalam skuad,” katanya.

DANNY Welbeck

Deeney yang bersama Watford sejak 2010 membantu kelabnya memulakan saingan liga dengan rentak positif Bila berjaya mencatat empat kemenangan dalam lima aksi setakat ini.

Dia yang kini berusia 30 tahun meletakkan harapan tinggi untuk dipanggil selepas Jamie Vardy mengumumkan persaraan daripada arena antarabangsa.

“Saya tak berniat nak menghentam Welbeck, saya banyak luangkan masa dengannya.

“Namun saya hairan, kenapa dia tetap dipanggil? Walaupun tak bermain? Jadi, pemilihan ini lebih memandang anda pemain pasukan (kelab) mana.”

“Saya harap beliau akan memberi banyak peluang kepada pemain lain bagi menambah kualiti dalam skuad England yang saya yakin mampu tampil lebih kuat pada saingan Euro 2020 dan Piala Dunia 2022 nanti,” katanya. – Agensi

 

 

Kenapa pilih Welbeck?

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *