06bauksit.transformed_0.jpg

Keputusan status operasi bauksit minggu depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

GAMBAR fail, 28 Mac 2016, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ditemubual wartawan selepas sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen. – Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada moratorium permit perlombongan bauksit di Pahang yang akan berakhir 15 April ini, Tak disambung atau Tak, akan ditentukan pada mesyuarat Kabinet minggu depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata kertas mengenai perkara itu kini sedang disiapkan dan akan dibentangkan kepada Kabinet.

“Saya Tak boleh menjawab sekarang kerana ia akan mendahului Kabinet. Saya akan umum selepas mesyuarat Kabinet (minggu depan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Lembaga dan Ekspo Sumber Air Asia 2016 (AWARE 16) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini sebentar tadi.

Kabinet pada mesyuarat 6 Januari lalu, mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari.

Keputusan itu dibuat dengan menggariskan beberapa langkah perlu diambil oleh pihak industri terbabit dalam tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah pencemaran akibat aktiviti berkenaan, iaitu pengosongan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bauksit.

Keputusan status operasi bauksit minggu depan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *