13mus.transformed.jpg

Kerajaan tampung subsidi tambang ECRL

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Kerajaan akan menanggung subsidi tambang pengangkutan awam Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) Bila siap sepenuhnya pada 2024.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata penyediaan pengangkutan awam Adalah tanggungjawab kerajaan walaupun membelanjakan kos yang besar.

“Rakyat akan menikmati kadar tambang berpatutan kerana projek itu bukan untuk kerajaan Menciptakan untung, sebaliknya dibina sebagai kemudahan kepada rakyat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua kiri) bersama dengan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Yahaya Mamat (tiga kanan) berbincang mengenai projek rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024 di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Kota Bharu. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

“Kerajaan akan memberi subsidi perkhidmatan ECRL sama seperti Transit Aliran Massa (MRT) di ibu negara,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan (MTPNg) di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), di sini, hari ini.

Mustapa berkata, projek ECRL di Kelantan sudah bermula dengan proses pengambilan tanah seluas 440 hektar.

“Kelantan Adalah yang pertama antara tiga negeri yang melaksanakannya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi MTPNg Kelantan berkata, kos pembinaan projek berkenaan di negeri ini dianggar 10 peratus daripada kos keseluruhan RM55 bilion.

Projek mega dijangka siap pada 2024 itu Adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berupaya memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor kepada hanya lima jam.

Kerajaan tampung subsidi tambang ECRL

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *