image282929.jpg

Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Gara-gara watak Mak Cun, pengarah dan pelakon Erma Fatima memberitahu menerima banyak produk usahawan desa sehingga memenuhi ruang kediamannya.

Erma, 49, berkata, dia tersentuh hati dengan perkara itu dan sedaya upaya akan cuba merasai semua produk yang diberikan kepadanya.

“Rumah saya sudah seperti super market Sampai nak masuk pun susah sebab terlalu banyak barang usahawan desa. Saya Tak akan buang barang-barang itu.

“Saya akan labelkan terlebih dahulu supaya saya tahu siapa punya selepas merasainya. Saya Tak sangka mereka benar-benar menghargai usaha saya walaupun hanya dalam sebuah drama,” ujarnya.

Pelakon itu berkata, setakat ini dia sudah memilih kira-kira 20 buah produk untuk dipasarkan di bawah jenama Mak Cun yang dijual Mak Cun Mart.

Tambahnya, sebuah kedai fizikal Akan beroperasi pada Mei depan di Ukay Perdana, Ampang, dekat sini.

Erma Fatima mengakui watak Mak Cun itu banyak mengajarnya tentang kesusahan usahawan desa dalam memasarkan produk mereka.

Katanya, dia mengkaji proses usahawan desa untuk membawa produk mereka ke pasaraya di bandar-bandar besar.

“Saya banyak belajar daripada watak ini tentang perjuangan susah bahagia seorang usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka di bumi Malaysia.

“Saya sendiri buat kajian dan jumpa dengan pihak-pihak berkaitan semata-mata untuk menulis skrip drama itu dan dari situ saya rasa sendiri keperitan mereka.

“Disebabkan perkara itu juga, saya terpanggil untuk membantu sebarapa mampu untuk mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjaya lakonannya, Erma berkata, dia hanya berlakon untuk drama Mak Cun sahaja.

Katanya, dia Tak lagi berminat menjadikan bidang lakonan sebagai sebuah kerjaya seperti dahulu.
“Saya sudah lama tinggalkan bidang lakonan dan bila orang nampak saya muncul dalam drama Mak Cun, mereka fikir saya buat comeback.

“Akan Tetapi sebenarnya saya berlakon atas permintaan pihak stesen televisyen ini sahaja untuk mengembangkan watak Mak Cun,” ujarnya.

Kerana Mak Cun, Erma Fatima Terima Banyak Produk IKS

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *