Untitled.jpg

Kerana 'Thor', Scha Al- Yahya kena tidur luar

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

USIKAN pengacara Awal Ashaari terhadap isterinya, Scha Al-Yahya kerana cemburu aktres itu bergambar bersebelahan aktor terkenal Chris Hemsworth menjadi perhatian pengikut kedua-dua selebriti itu.

Mana tidaknya, Awal menerusi Instagram meminta Scha tidur diluar sebagai tanda protes terhadap isterinya itu.

Lebih melucukan, Awal turut memuat naik gambar Scha bersama Chris yang terkenal menerusi filem Thor dengan beberapa pesanan.

“Kemain eh? Sila tidur luar tonight,” tulisnya.

Sikap cemburu Awal Tak berakhir di situ Bila dia turut mengheret anaknya, Lara Alana dengan meninggalkan pesan agar kanak-kanak itu mengambil bantal ibunya dan diletakkan di sofa.

“@laraalanaa ambik bantal Mommy, letak kat sofa bawah,” tulisnya lagi.

Sementara itu, Scha menerusi perkongsian di InstaStory memuat naik gambar dia tidur bersama Lara di bilik tidurnya.

Dalam perkembangan sama, pasangan suami-isteri itu berjumpa dengan Chris selepas dijemput menghadiri pelancaran koleksi terbaharu jenama terkenal, BOSS di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre, Singapura pada 25 Mei lalu.

Selain Chris, acara itu turut dihadiri oleh duta jenama itu, Joseph Schooling dan pelakon Sebastian Stan.

Scha menerusi Instagram turut berkongsi video yang menunjukkan dia duduk bertentangan dengan Chris ketika pertunjukan fesyen dan ia pengalaman menakjubkan.

“Jujurnya saya seperti Tak percaya saya duduk bertentangan dengan semua bintang terkenal ini dan ia pengalaman menakjubkan.

“Terima kasih BOSS kerana menjadikan saya antara tetamu penting anda,” tulisnya.

Kerana 'Thor', Scha Al- Yahya kena tidur luar

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *