07kerjasama.transformed_0.jpg

Kerjasama serantau kekang isu keganasan wanita

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Kuala Lumpur: Kerajaan sedia berkongsi kepakaran dengan negara ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ASEAN-UN) dalam usaha memerangi keganasan dan ekstremisme membabitkan golongan wanita.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim, berkata jalinan kerjasama, penyelidikan dan perkongsian ideologi menjadi platform menangani isu terbabit.

“Menerusi bengkel ini saya yakin, golongan profesional dari negara ASEAN, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengumpul pelbagai maklumat mencari strategi terbaik mengekang isu keganasan dan ekstremisme di semua peringkat.

 “Golongan wanita bukan sahaja berdepan dengan ancaman ini di tempat sendiri, malah di seluruh dunia dan usaha berterusan perlu untuk mengekang anasir luar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Obrolan Serantau ASEAN – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Wanita, Keamanan dan Keselamatan – Peranan Wanita Dalam Menangani Keganasan dan Ekstremisme (AURED) IV di sini, semalam.

DATUK Seri Ramlan Ibrahim.- Foto Nurul Shafina Jemenon

Yang turut hadir Adalah Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh.

Seramai 86 wakil tempatan dan antarabangsa bersidang tiga hari akan berakhir esok.

Program itu diadakan dengan kerjasama Bahagian Politik PBB, Wanita PBB, Program Pembangunan PBB (UNDP), Kementerian Luar Negeri dan Institut Kajian  dan Strategik Antarabangsa (ISIS) Malaysia.

Ramlan berkata, hasil kertas kerja dan cadangan yang dibentangkan itu akan diserahkan kepada pihak pengurusan kanan ASEAN untuk tindakan sewajarnya.

“Kita akan bekerjasama dengan semua pihak yang terbabit dalam program ini untuk memperkasakan wanita dan berjuang menentang isu keganasan.

“Saya yakin kita mampu mendokumentasikan cadangan terbaik untuk bagi menangani masalah terbabit.

“Persidangan ini diharap dapat mencari penyelesaian terkini merangkumi pengukuhan undang-undang dan hak asasi manusia antarabangsa bagi memerangi isu ini,” katanya. 

Bengkel AURED dilancarkan 2013 menfokuskan isu semasa dan mengetengahkan program menentang keganasan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan Dunia.

Selain memperkasakan peranan wanita menangani ancaman keganasan, bengkel terbabit menjadi kaedah mengukuhkan platform menghadapi musuh sehingga menjejaskan imej negara.

Kerjasama serantau kekang isu keganasan wanita

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *