adenengong.transformed.jpg

Kerjasama TVET serantau

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ADENAN (dua dari kanan) merasmikan Persidangan TVET ASEAN di Tapak Ekspo MAEPS, Serdang, hari ini. – Foto Surianie Mohd Hanif

SERDANG: Negara serantau perlu berkongsi strategi pembangunan kemahiran secara spesifik dan mencari penyelesaian memajukan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata, perlu ada rangkaian strategi menerusi kajian bersama negara ASEAN dalam bidang pembangunan modal insan khususnya TVET.

“Perkongsian maklumat serantau dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat penting dan ia boleh menjadi mercu tanda di rantau ini,” katanya merasmikan Persidangan TVET ASEAN di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Persidangan tiga hari bermula semalam Sampai esok disertai 256 delegasi dari 10 negara ASEAN.

Kerjasama TVET serantau

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *