kerysue.transformed.jpg

Kerry akan berjumpa Suu Kyi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JOHN Kerry dan Aung San Suu Kyi.

NAYPYIDAW: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, dijadual berjumpa tokoh demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bagi perbincangan peringkat tertinggi pertama kerajaan awam ketika Washington menyambung semula hubungan dengan negara itu.

Pertemuan diadakan beberapa hari selepas Amerika menarik balik siri sekatan kewangan dan perdagangan bagi mengiktiraf perubahan politik yang menyaksikan kemenangan besar pada pilihan raya meletakkan Suu Kyi dan partinya dalam kerajaan selepas beberapa dekad diperintah junta.

Suu Kyi yang memegang jawatan Menteri Luar, juga berperanan sebagai kaunselor negara bagi membolehkan beliau mengemudikan kerajaan walaupun Perlembagaan dirangka tentera menghalang beliau menjadi presiden, jawatan yang kini dipegang sekutunya sekian lama, Htin Kyaw.

Jurucakap pejabat presiden, Zaw Htay, berkata Kerry cuma akan berjumpa Suu Kyi, tanpa Menyodorkan butiran lanjut mengenai topik yang akan dibincangkan.

“Beliau akan berjumpa kaunselor negara, bukan presiden,” katanya kepada AFP, menjelaskan Htin Kyaw masih belum pulang daripada menghadiri sidang kemuncak di Russia. – AFP

Kerry akan berjumpa Suu Kyi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *