salma-azri.jpg

Kes Dera Anak: Salma Yakin Azri Tak Buat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Penyanyi Salma A. Asis, 27, yakin suaminya, Azri (AF9) mustahil telah bertindak mencelup kedua-dua tangan anaknya Putri Nurul Huda, 10 tahun, ke dalam air panas pada bulan Mei tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo! online, mengakui berasa terkejut saat berdepan perbicaraan di mahkamah berhubung kejadian yang menimpa anak dan suaminya minggu lalu.

“Sebenarnya saya berasa terkejut Bila kes tersebut dibawa ke mahkamah. Sepanjang pengetahuan saya, hubungan anak (Putri Nurul Huda) dan suami tiada sebarang masalah, bahkan pergaulan kami suami isteri juga berlangsung seperti biasa.

“Bagaimanapun, sekiranya benar Azri melakukan perbuatan tersebut Adalah mustahil untuk saya sebagai ibu mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak menjadi mangsa dera.

“Terus terang, saya dan suami Tak mempunyai sebarang masalah, begitu juga hubungan Azri dengan Putri Nurul Huda sejak kami mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2013.

“Tambahan pula, hubungan anak-anak termasuk anak kedua, Andi Raisya sebenarnya lebih akrab dengan Azri berbanding saya,” katanya.

Meskipun pada mulanya sukar untuk menerima perkhabaran jelek melibatkan suami sendiri, ibu kepada dua orang cahaya mata itu bagaimanapun bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga yang Tak henti-henti memberi sokongan kepadanya.

“Secara peribadi, saya memandang kejadian ini sebagai suatu cabaran dan dugaan Tuhan untuk menjadi lebih kuat”, katanya.

Kes Dera Anak: Salma Yakin Azri Tak Buat

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *