13720513_10153974490858800_1143124557_o.transformed.jpg

Kesal gambar kakak dimuat naik di laman sosial

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

NITA bersama kakaknya, Niza Hamzah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Nita Hamzah kesal dengan tindakan segelintir rakan memuat naik gambar kakaknya, Niza Hamzah, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang ke laman sosial.

Nita menyifatkan golongan yang Senang memuat naik foto pesakit tenat yang diziarahi ke laman berkenaan sebagai Tak bertanggungjawab.

“Bayangkan, kakak saya sedang kritikal akibat serangan asma di ICU, ada beberapa orang yang menziarahinya mengambil gambar beliau dan kemudian memuat naik foto berkenaan di laman sosial.

“Bukankah ia dilihat kurang manis? Apatah lagi kakak saya sudah bertudung manakala gambar itu pula menunjukkan dirinya tanpa hijab.

“Saya sendiri Tak sanggup memandang foto itu dengan dirinya berada di atas katil, bersama wayar di badan. Malah, saya Tak terfikir pun mahu mengambil gambarnya dalam keadaan sedemikian,” katanya kepada BH Online.

Kata Nita, walaupun pihak yang berbuat demikian Tak mempunyai niat jelek, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkara sensitif sebegitu.

Nita turut menasihatkan semua pihak agar lebih berhati-hati dan sensitif terhadap gambar pesakit yang ingin dimuat naik ke laman maya kerana ia mungkin boleh melukakan hati keluarga mereka.

“Tolonglah sensitif sedikit dan hormat pada keluarga pesakit. Saya faham, Adalah hak masing-masing untuk berbuat begitu, tetapi fikirlah dulu sebelum memuatnaik foto orang terlantar di katil hospital. Ia boleh membuatkan keluarga pesakit berasa lebih sayu,” katanya.

Kesal gambar kakak dimuat naik di laman sosial

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *