kenyatamediak.jpg.transformed.jpg

Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, meletakkan jawatan berkuat kuasa 31 Julai depan.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, berkata peletakan jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Jumaat lalu, dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara kelmarin.

“Pada 15 Mei lalu, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan berjumpa Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan sudah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif untuk meletakkan jawatan.

“Bagaimanapun, Yang Amat Arif (Md Raus dan Zulkefli) memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

“Selaras pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa 31 Julai 2018,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *