carikbakt.transformed.jpg

Khidmat guaman untuk keluarga mangsa go-kart

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

TIMBALAN Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mazlan Mat Rashid bergmabar bersama peserta Program Pencarian Bakat Bola Sepak ‘Million Dollar Feet’ di padang Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan, hari ini. – Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: UMNO Bahagian Indera Mahkota menawarkan khidmat guaman kepada keluarga mangsa kemalangan go-kart di pekarangan Stadium SUKPA, dekat Indera Mahkota, dekat sini, Ahad lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mazlan Mat Rashid, berkata perkara itu dibincang UMNO Bahagian berkenaan dan kini menunggu hasil siasatan pihak berkuasa sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Keluarga terbabit juga mahukan keadilan dan mereka berhak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kita Tak ada masalah menawarkan khidmat nasihat guaman kepada keluarga berkenaan, kita beri mereka masa sehingga semuanya kembali stabil,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Pencarian Bakat Bola Sepak ‘Million Dollar Feet’ di padang Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, dekat sini, hari ini.

Kira-kira 500 pelajar berusia 11 Sampai 14 tahun menyertai program julung kali diadakan di sini.

Dalam kejadian Ahad lalu, dua beranak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera selepas dilanggar go-Kart yang menyertai Perlumbaan Automatif Penemuan Pendidikan (EIMARACE) di pekarangan Stadium SUKPA, di sini.

Penyelia kilang, Izwan Isa, 38, maut di tempat kejadian manakala anaknya Nur Zulaikha, 5, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Khidmat guaman untuk keluarga mangsa go-kart

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail