wanitahabib_BHfield_image_listing_featured.var_1590219857.jpg

Kilauan emas, berlian penyeri Syawal

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Jenama terkenal barang kemas, Habib Jewel mengetengahkan koleksi barangan kemas dengan rekaan pelbagai reka bentuk baharu bertemakan tradisi sempena kempen Hari Raya Habib.

Koleksi raya kali ini, Habib menyajikan keindahan menggabungkan pelbagai emas yang berlainan warna seperti emas putih, kuning dan ‘rose’.

Antara barangan kemas terbaharu koleksi Habib Jewel bertemakan tradisi.
Antara barangan kemas terbaharu koleksi Habib Jewel bertemakan tradisi.

Untuk koleksi Oro Italia, potongan emas, seperti potongan berlian yang terbaik dari segi kualiti bagi Menyodorkan kilauan yang sangat cantik untuk si pemakai.

Batu permata pelbagai warna digunakan untuk menyerikan penampilan dengan kombinasi pelbagai permata dengan harga serendah RM700.

Koleksi lelaki dan kanak-kanak juga disediakan dengan pelbagai rekaan terbaharu.

Antara barangan kemas terbaharu koleksi Habib Jewel bertemakan tradisi.
Antara barangan kemas terbaharu koleksi Habib Jewel bertemakan tradisi.

Rekaan kali ini diinspirasikan oleh tradisi Melayu lama untuk koleksi emas 916, dengan rekaan lebih besar dan berkerawang, selain menawarkan pelbagai rekaan lebih moden dan kontemporari daripada emas Oro Italia.

Semua koleksi ini dipamerkan di semua bilik pameran Habib di seluruh Malaysia dengan pelbagai tawaran harga yang mampu dimiliki. Kempen Rantaian Kasih bermula dari 24 April sehingga 22 Jun depan.

Kilauan emas, berlian penyeri Syawal

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail