b9fa869c2a85dc4976a8ebe779187ed6.jpg

K’jaan cadang beli tanah di Kg Baru, perlukan RM10 bilion

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Kerajaan persekutuan sedang mencari jalan untuk membeli tanah-tanah sedia ada di Kampung Baru bagi tujuan penempatan Melayu di Kuala Lumpur.

Menteri Wilayah, Khalid Samad berkata pembelian tanah tersebut bagi memastikan pembangunan semula yang lebih teratur dan menyeluruh di kawasan segi tiga emas itu.

Kata Khalid langkah itu sekali gus dapat mengelakkan pemilik tanah Kampung Baru menjualnya secara langsung kepada pemaju hartanah, khusunya bukan Melayu dan memastikan kawasan penempatan itu kekal sebagai tanah rizab Melayu.

“Sekiranya semua orang mahu tunai, dan tiada siapa yang mahu pangsapuri (sebagai pertukaran untuk tanah mereka) ini Adalah senario terburuk yang mungkin (perlukan) antara RM6-10 bilion,” kata Khalid dalam sidang medianya di Putrajaya, hari ini.

 

Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan juga sedang mengkaji formula di mana pemilik tanah akan mendapat pembayaran campuran seperti wang tunai dan hartanah, contohnya.

Mengenai Tips mendapatkan dana, Khalid berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkemungkinan akan mengeluarkan bon perbandaran atau sukuk.

Bagaimanapun, kata Khalid semua itu bergantung kepada rundingan dengan pemilik tanah dan jenis pembayaran yang mereka mahu untuk tanah mereka.

Namun, Khalid berkata usaha tersebut amat penting bagi kawasan Melayu untuk dibangunkan.

 

“Sesuatu yang amat memalukan untuk ditunjuk kepada pelancong asing bahawa ini Adalah kawasan Melayu (di tengah-tengah bandaraya), macam kampung setinggan sedangkan tanah (di sini) cukup bernilai dan pemiliknya semua patut dianggap sebagai jutawan tetapi Tak dapat memanfaatkan nilai hartanah tersebut,” katanya.

Khalid berkata setakat ini 80 peratus pemilik bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dan yakin semua yang terlibat akan bekerjasama dengan kerajaan.

Khalid berkata pembangunan Kampung Baru Adalah indikator prestasi peribadi sepanjang menjadi barisan kabinet Pakatan Harapan (PH).

K’jaan cadang beli tanah di Kg Baru, perlukan RM10 bilion

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *