junn27.transformed.jpg

KL2017: Gementar tak halang Gabriel-Pandelela raih emas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Meskipun kali pertama beraksi di temasya Sukan SEA, penerjun negara Gabriel Gilbert Daim berjaya memenuhi tanggungjawab memenangi pingat emas acara terjun berpasukan, bergandingan dengan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Pandelela Rinong, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Atlet 16 tahun dari Kota Kinabalu, Sabah itu mengakui pada mulanya dia gementar Bila bergandingan dengan Pandelela, selain menggalas tanggungjawab berat dalam acara berpasukan yang kali pertama dipertandingkan di temasya dwitahunan ini.

“Ada sedikit perasaan gementar sebab selain pengalaman pertama kali beraksi di Sukan SEA, suasana di sini juga cukup meriah dengan kehadiran ramai penyokong tempatan.

GABRIEL melakukan terjunan pada acara team event Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Foto Aizuddin Saad

“Bergandingan dengan Pandelela pula Adalah sesuatu yang cukup membuatkan saya teruja,” katanya yang baru sebulan digandingkan dengan Pandelela untuk acara itu.

Pandelela pula menyifatkan Gabriel seorang penerjun muda berbakat dan mempunyai masa depan cukup cerah.

Kedua-dua mereka mengumpul 345.40 mata selepas tiga pusingan, mengatasi Freida Lim Shen-Jonathan Chan Fan dari Singapura yang meraih perak (335.55 mata).

Gandingan Thailand, Surincha Booranapol-Theerapat Siribon pula meraih gangsa (243.90 mata).

Kejayaan Pandelela-Gabriel itu melengkapkan hari gemilang acara terjun di Pusat Akuatik Nasional selepas Ng Yan Yee dan Ooi Tze Liang, masing-masing menyumbang emas dua pingat emas lebih awal, menerusi acara 3 meter (m) papan anjal individu wanita dan lelaki.

KL2017: Gementar tak halang Gabriel-Pandelela raih emas

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *