jurustunggal3.transformed.jpg

KL2017: Pesilat Afifi hadiah emas ke-103 negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Sukan silat menambah satu lagi kilauan pingat emas buat kontinjen negara sebentar tadi, menerusi Muhammad Afifi Nordin yang mengungguli kategori seni jurus tunggal lelaki di Stadium Juara Bukit Kiara.

Afifi memastikan emas ketiga daripada gelanggang silat pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas meraih 470 mata untuk mengatasi pesilat Indonesia, Sugianto (462 mata) yang memenangi perak.

Pingat gangsa milik pesilat Thailand yang mengumpul 457 mata.

PESILAT negara, Muhammad Afifi Nordin beraksi dalam kategori seni jurus tunggal lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara. – Foto Syarafiq Abd Samad

Terdahulu, lima pesilat negara termasuk Siti Rahmah Mohamed Nasir, Siti Shazwana Ajak, Muhammad Robial Sobri, Mohd Fauzi Khalid dan Mohd Khaizul Yaacob melepasi pusingan separuh akhir dalam kategori tanding bagi kelas masing-masing untuk bersaing merebut pingat emas pada final, esok.

Sebelum ini, skuad silat negara sudah meraih dua emas menerusi gandingan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan bagi kategori seni ganda wanita serta Mohd Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif dalam kategori seni ganda lelaki.

Tambahan pingat emas daripada Afifi turut menyaksikan skuad silat negara memerlukan lima lagi kejuaraan untuk mencapai sasaran lapan.

PESILAT negara, Muhammad Afifi Nordin beraksi dalam kategori seni jurus tunggal lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara Bukit Kiara. – Foto Syarafiq Abd Samad

KL2017: Pesilat Afifi hadiah emas ke-103 negara

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *