kogeu.transformed.jpg

Koperasi dapat elak 'sistem padi kunca'

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

WAKIL Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: UMNO Kedah mencadangkan supaya semua koperasi di negara ini diberi peluang membuka Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dalam usaha memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.

Wakil Kedah, Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin, berkata gerakan koperasi yang dipelopori ketika zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berupaya membela nasib rakyat pada tahun 70-an.

“Pergerakan koperasi di Malaysia bermula pada zaman Tun (Abdul) Razak dalam kalangan petani padi di utara Semenanjung yang dipimpin oleh guru sekolah pondok dan sekolah rendah dan pegawai kerajaan.

“Hasilnya dalam tempoh lima tahun ‘sistem padi kunca’ di Kedah dapat dihapuskan oleh penggerak koperasi peladang. Justeru, kenapa kita Tak gerakkan semula koperasi untuk membela rakyat? Beri koperasi ini peluang buka KR1M” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Abdullah Hasnan berkata, Malaysia boleh menjadi penguasa ekonomi oleh rakyat melalui pergerakan koperasi yang mampu menghasilkan kejayaan sekiranya kerajaan serius dan positif terhadap usaha itu.

Justeru, beliau berkata kerajaan perlu memberi kemudahan kepada koperasi sedia ada di negara ini untuk terus maju dan menguasai pelbagai sektor.

“Saya yakin sekiranya koperasi ini diberi peluang membuka KR1M, rakyat berpeluang mendapatkan barangan keperluan pada harga Hemat dan lengkap.

“Kerajaan juga boleh mengatur latihan pengurusan koperasi yang amanah sekali gus berjihad memerangi penindasan dan kezaliman kapitalis rakus yang menguasai harga barang dan membebankan rakyat,” katanya.

Koperasi dapat elak 'sistem padi kunca'

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *