peroflood19ap.JPG.transformed.jpg

Korban banjir, tanah runtuh Peru kini 113

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

BEBERAPA penduduk tempatan di Peru memindahkan barang dan tempat tinggal. Angka korban terkini banjir dan tanah runtuh di Peru sejak awal tahun ini meningkat kepada 113 orang termasuk lima mangsa yang terbunuh hujung minggu lalu, kata pihak berkuasa semalam. – Foto Reuters

LIMA: Angka korban terkini banjir dan tanah runtuh di Peru sejak awal tahun ini meningkat kepada 113 orang termasuk lima mangsa yang terbunuh hujung minggu lalu, kata pihak berkuasa semalam.

Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan dalam laporan terkini berkata, saintis percaya, bencana alam itu ada kaitan dengan Kenyataan iklim ‘El Nino pantai’ yang mengakibatkan lebih 178,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Lebih sejuta kediaman rakyat rosak manakala 2,500 kilometer jalan raya musnah.

Presiden Pedro Pablo Kuczynski berkata, negara Amerika Selatan itu memerlukan sejumlah AS$9 bilion (RM40 bilion) untuk pembinaan semula dan memodenkan kawasan terjejas.

Masalah sama melanda Colombia, Bila tiga sungai dinaiki air membawa bersama longgokan lumpur dan batu, membanjiri dan meranapkan bandar selatan Mocoa 31 Mac lalu, meragut 323 nyawa termasuk lebih 100 kanak-kanak, menurut laporan terbaru semalam.

Saintis berkata, cuaca melampau akibat pemanasan setempat di Lautan Pasifik di sepanjang pantai Amerika Selatan.

Ia mencetuskan kesan yang sama dengan Kenyataan pemanasan lautan ‘El Nino’ yang mengakibatkan malapetaka di benua Amerika setiap beberapa tahun.

AFP

Korban banjir, tanah runtuh Peru kini 113

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *