05papudu2b.transformed.jpg

Korea Utara uji peluru berpandu lagi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOREA Utara melancarkan peluru berpandu balistik hari ini. – Foto EPA

SEOUL: Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik hari ini, kata tentera Korea Selatan.

Ia beberapa hari selepas pemimpin baharu Seoul, Moon Jae-in dan Presiden Donald Trump memberi tumpuan kepada ancaman Pyongyang dalam pertemuan mereka.

Pelancaran itu juga ketika Amerika Syarikat (AS) dalam persiapan menyambut cuti 4 Julai sempena Hari Kemerdekaan negara itu.

Ia disifatkan provokasi terbaharu yang memburukkan lagi ketegangan membabitkan cita-cita senjata nuklear Korea Utara.

Dalam kenyataan, tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu Tak dikenal pasti itu dilancarkan dari kawasan berhampiran Banghyon, wilayah Phyongan utara dan jatuh di Laut Timur atau dikenali sebagai Laut Jepun.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun, berkata peluru itu mungkin jatuh di zon ekonomi ekslusif negara itu, merujuk kepada lingkungan 200 batu nautika dari pesisir pantainya.

Pyongyang melancarkan beberapa peluru berpandu, sejak Jae-in dipilih sebagai presiden Korea Selatan, Mei lalu.

Jae-in menyokong rundingan dengan Korea Utara tetapi pada masa sama, menekankan keperluan sekatan baharu.

Dalam pertemuan di Washington, hujung minggu lalu Trump mengisytiharkan AS sudah hilang sabar dengan Korea Utara membabitkan cita-cita senjatanya termasuk membangunkan peluru berpandu yang mampu melakukan serangan nuklear ke tanah besar Amerika.

“Kita berdepan ancaman melulu dan rejim ganas Korea Utara. Program nuklear dan peluru berpandu rejim ini perlu tindak balas bersungguh-sungguh,” kata Trump. – AFP

Korea Utara uji peluru berpandu lagi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *