nohamor.transformed.jpg

KPKT cadang akta kawal urus projek PPR

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

TAN Sri Noh Omar.

JASIN: Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka penubuhan Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara bagi memberi kuasa mengawal penuh pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kementerian berkenaan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata usul berkenaan dijangka dibahaskan di persidangan Parlimen selewat-lewatnya tahun hadapan.

“Jika sebelum ini, projek pengurusan PPR diserahkan kepada kerajaan negeri, tetapi kali ini perbadanan yang akan berfungsi sebagai badan berkanun ini mengurus projek ini.

“Sementara akta ini nak diluluskan, kita tubuhkan Yayasan Kesejahteraan Rakyat Bandar bagi membantu penyelenggaraan rumah PPR,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Kota Budaya yang dihadiri kira-kira 500 penduduk sekitar di Laman Deris, Sungai Rambai, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Timbalan Menteri di kementerian berkenaan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan EXCO Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap Pakar Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman.

Sementara itu, Noh turut menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan tawaran perkhidmatan bas sekolah percuma untuk anak-anak penghuni PPR di Wilayah Persekutuan, baru-baru ini.

“Kita (kementerian) akan merancang untuk menyediakan perkhidmatan sama di perumahan PPR di bawah kendalian kementerian ini tahun depan. Proses pemutihan warga asing kini sedang berjalan (sementara tunggu selesai),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata, pihaknya bercadang untuk memasukkan kos RM40 juta dalam bajet kementerian itu bagi pembinaan berperingkat pasar baharu Melaka Sentral, dalam tempoh tiga tahun bermula 2019.

KPKT cadang akta kawal urus projek PPR

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *