HQ040217YY014.jpg.transformed.jpg

KSBM perlu komponen nasionalisme bahasa

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

FELO Utama Institut Kajian Etnik, UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. – Foto fail NSTP/Yazit Razali

BANGI: Pembangunan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) sebagai rujukan dalam membentuk pendidikan dan instrumen penguasaan bahasa Melayu perlu memasukkan komponen nasionalisme bahasa.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata penerapan komponen nasionalisme bahasa dalam KSBM itu boleh memperbaiki kekurangan kesedaran masyarakat hari ini dalam memartabat bahasa Melayu.

Beliau berkata, komponen nasionalisme dalam bahasa sudah diterapkan di banyak negara maju lain termasuk Perancis dan Korea bagi mengangkat martabat bahasa mereka di kalangan rakyatnya.

“Rakyat Perancis misalnya Tak hanya mempelajari aspek linguistik bahasa Perancis malah diberi pendidikan mengenai semangat kebangsaan bahasa itu.

“Malangnya selama ini kita Tak mempunyai komponen nasionalisme bahasa Melayu walaupun sedikit menyebabkan pemimpin dan rakyat Tak menyedari dan menginsafi nilai bahasa Melayu sebagai bahasa untuk Malaysia.

“Malah mereka juga Tak memahami gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya dalam Ucap Utama Seminar KSBM di Dewan Perdana Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat UKM, Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah dan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pembangunan Guru Malaysia (IPGM), Dr Jamiah Mohamad.

KSBM dibangunkan sebagai satu standard bagi menentukan tahap pemerolehan dan penguasaan dalam bahasa Melayu berikutan ketiadaan piawaian standard sebagai rujukan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu.

Seminar itu akan membincangkan isu KSBM dan berkongsi pendapat dan idea selain percambahan ilmu mengenai kemahiran membaca, mendengar dan menulis.

Kok Seong berkata, Kementerian Pendidikan wajar mengenakan KSBM kepada setiap rakyat malaysia khususnya mereka yang Tak mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu mudah.

“Ia Adalah perlu bagi memperbaiki dan mempertingkatkan kecekapan bahasa Melayu mereka kerana di negara ini masih ada yang Tak berupaya berbahasa Melayu.

“Apa erti kerakyatan yang dipegang jika mereka Tak boleh berbahasa Melayu?” katanya.

KSBM perlu komponen nasionalisme bahasa

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *