390_DUKE.transformed.jpg

KTM 250 DUKE, 390 DUKE menarik

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Eurotech Wheel Distribution (KTM Malaysia) memperkenalkan model terkininya yang dinanti-nantikan, KTM 250 DUKE dan 390 DUKE.

Siri DUKE iaitu 200, 250 dan 390 Adalah model paling laris di Malaysia sejak 2012 dan menguasai pasaran motosikal ringan sejak beberapa tahun lalu.

Apa yang menjadikan DUKE sebagai sebahagian daripada persaingan ialah rekaan agresif, ringan, kawalan, kuasa dan teknologi yang disifatkan sebagai terbaik.

Lebih menarik, rekaan luarannya hampir sama dengan model DUKE berkapasiti lebih besar iaitu Super DUKE 1290 R.

Bagi model DUKE 250, ia menggunakan enjin satu silinder 248.8 cc yang menghambur 30 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 24 Nm pada 7,250 rpm.

Ia turut dilengkapi rim 17 inci dengan tayar 110 milimeter (mm) di hadapan dan 150 mm di belakang, fork USD WP Suspension 43 mm di hadapan, monoshock prabeban boleh laras baharu di belakang, brek cakera 320 mm dan angkup Bybre empat omboh di hadapan, brek cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang, brek ABS dua-saluran dan klac slipper.

Tangki minyak untuk 250 DUKE juga iaitu 13.4 liter, 2.4 liter lebih besar berbanding model sebelumnya, selain turut menerima penarafan emisi Euro 4.

KTM 390 DUKE.

390 DUKE lebih menarik

KTM 390 DUKE baharu sebenarnya lebih menarik kerana ia tampil dengan rekaan baharu yang dipacu enjin yang menghambur kuasa 44 kuasa kuda (hp) dan tork 37Nm, manakala pendikit dikuasakan Ride-by-Wire bagi Menyodorkan kuasa lancar.

Rekaannya juga lebih sporty menerusi penerapan beberapa elemen baharu termasuk sistem CANBUS, tayar Metzeler M5 Interact, cermin sisi lebih lebar dan penarafan emisi Euro 4.

Motosikal ini juga didatangkan dengan tiga mod sistem brek ABS iaitu Road, Off dan Supermoto.

390 DUKE juga dilengkapi dengan panel meter TFT berwarna yang membolehkan penunggang memandang maklumat lengkap melalui skrin berkenaan termasuk sambungan kepada telefon bimbit menerusi sistem KTM My Ride.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan fork USD WP Suspension 43 mm baru di hadapan, monoshock pra-beban boleh laras baru (belakang), rim 17 inci dengan tayar 110 mm di hadapan dan 150 mm di belakang, brek cakera 320 mm dan angkup Bybre empat piston di hadapan, brek cakera 230 mm dan angkup satu piston di belakang, sistem ABS two-channel, klac slipper dan transmisi enam kelajuan.

KTM 250 DUKE dan 390 DUKE ditawarkan pada harga jualan asas termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM21,730 dan RM28,800.

Kedua-dua model didatangkan dua pilihan warna iaitu oren dan putih berserta jaminan dua tahun tanpa had batuan.

Info:
KTM 250 DUKE

  • Harga jualan asas termasuk GST RM21,730
  • Enjin satu silinder 248.8 cc
  • 30 hp @ 9,000 rpm dan tork 24 Nm @ 7,250 rpm

KTM 390 DUKE

  • Harga jualan asas termasuk GST RM28,800
  • 44 kuasa kuda (hp) dan tork 37 Nm
  • Pendikit dikuasakan Ride-by-Wire
  • Panel meter TFT berwarna
  • Tiga mod sistem brek ABS (Road, Off dan Supermoto)

KTM 250 DUKE, 390 DUKE menarik

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *