pkensp20.transformed.jpg

Kuala Lumpur kekal terajui Liga Perdana

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

SHAH ALAM: Jaringan penalti minit akhir yang disempurnakan Guillherme de Paula membolehkan Kuala Lumpur terus mengungguli carta Liga Perdana hasil kemenangan 2-1 ke atas UiTM FC pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Bagaimanapun, skuad ‘The Cityboys’ itu cemas Bila terlebih dahulu ketinggalan menerusi penyudah penyerang import UiTM FC, Akanni Sunday Wasiu pada minit ke-35 meskipun penjaga gol pelawat, Kamarul Effandi cemerlang menyelamatkan dua percubaan pertama yang dilakukan UiTM FC.

Aksi 15 minit terakhir menunjukkan detik kebangkitan buat Kuala Lumpur Bila de Paula meledak gol peribadi ke-23 dalam saingan liga menerusi tandukan pada minit ke-74 sebelum dia meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Sementara itu, Terengganu memastikan perebutan bagi takhta Liga Perdana terus terbuka Bila kekal berkongsi kedudukan pendahulu bersama Kuala Lumpur menerusi kemenangan 2-1 ke atas MISC-MIFA pada aksi yang berlangsung pada sebelah petang.

Kemenangan yang diraih ke atas pasukan di zon penyingkiran itu turut mengukuhkan kedudukan skuad ‘Penyu’ itu bagi slot automatik ke Liga Super musim hadapan ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan lagi.

Pada aksi di Stadium Proton Tanjung Malim itu, anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu bergelut pada babak pertama sebelum aksi lebih kemas pada separuh masa kedua menyaksikan Tchetche Kipre meledak gol pembukaan pada minit ke-56 sebelum Issey Nakajima Farran menggandakan kelebihan dengan gol kedua pada minit ke-77 namun Kpah Sean Sherman mengurangkan defisit pada minit ke-88.

PEMAIN PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh. – Foto Abdullah Yusof

Di Stadium Perak, Ipoh, PKNP FC melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana selepas menundukkan Negeri Sembilan 3-1 namun kemenangan itu dilihat Tak mencukupi untuk mereka terus mencabar slot automatik ke Liga Super Bila ketinggalan empat mata di belakang dua pasukan teratas.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu mendahului dua gol menerusi jaringan Gilberto pada minit ke-21 dan Shahrel Fikri lima minit berselang sebelum Lee Andrew Tuck merapatkan jurang dengan gol pertama Negeri Sembilan pada minit ke-26.

Bagaimanapun, Gilberto memastikan kemenangan menjadi milik mutlak tuan rumah selepas meledak gol peribadi keduanya pada minit ke-62 untuk merentap semangat Negeri Sembilan yang cuba bangkit meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Kuala Lumpur kekal terajui Liga Perdana

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *