bhkubikel2-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585834159.jpg

Kubikel pertama saring COVID-19 dipasang di HTAA

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

KUALA LUMPUR: Teknologi kubikel I3S yang dibangunkan untuk mengelak virus COVID-19 terhadap petugas kesihatan negara akan dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pusat kesihatan lain.

Ketika ini hanya sebuah kubikel I3S yang disiapkan sejak projek itu dijayakan Jumaat lalu namun pemasangan kubikel kedua sudah pun bermula.

Ketua Projek I3S Cubicle, Dr Ahmed Kamarulzaman, berkata ketika ini HTAA dipilih kerana pergerakan pihak yang bertanggungjawab terhadap teknologi terhad berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, kubikel pertama Adalah satu prototaip yang memerlukan pemerhatian agar penambahbaikan perlu dilaksanakan pada pemasangan seterusnya.

“HTAA Adalah hospital yang paling dekat dengan saya ketika ini dan ketika PKP, pergerakan amat terbatas. Jadi, saya hanya mampu berhubung dengan Pakar Perubatan Kecemasan HTAA.

“Kami memerlukan proses kemas kini reka bentuk projek dan konsep supaya ia lebih ergonomik serta praktikal. Oleh itu, pemantauan terhadap kubikel ini perlu dilakukan berterusan dalam tempoh singkat.

“Namun pemasangan kubikel kedua sudah berjalan dan penambahbaikan bergantung kepada kubikel yang dipasang di HTAA,” katanya kepada BH, hari ini.

Ketika ini hanya sebuah kubikel I3S yang disiapkan sejak projek itu dijayakan Jumaat lalu namun pemasangan kubikel kedua sudah pun bermula.
Ketika ini hanya sebuah kubikel I3S yang disiapkan sejak projek itu dijayakan Jumaat lalu namun pemasangan kubikel kedua sudah pun bermula.

Kubikel I3S yang dibangunkan untuk mengelak jangkitan COVID-19 terhadap petugas kesihatan dalam proses pemasangan di HTAA, Kuantan.
Kubikel I3S yang dibangunkan untuk mengelak jangkitan COVID-19 terhadap petugas kesihatan dalam proses pemasangan di HTAA, Kuantan.

BH semalam, melaporkan sekumpulan petugas kesihatan bergandingan dengan arkitek dan jurutera tempatan serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mengambil inisiatif membangunkan teknologi kubikel yang mampu membantu mengelakkan jangkitan virus COVID-19 dalam kalangan doktor serta jururawat ketika menyaring pesakit.

Menerusi kubikel itu, risiko jangkitan COVID-19 dapat dikurangkan kerana teknologi yang dibangunkan Tak memerlukan kontak di antara petugas kesihatan, terutama doktor dan jururawat dengan mereka yang sedang disaring.

BH difahamkan, HTAA sudah menerima kubikel itu pada jam 2 petang ini, selepas dibawa dari sebuah kilang di Kajang, Selangor dan akan beroperasi sejurus ia siap dipasang.

Ditanya adakah hospital di Lembah Klang akan menerima kubikel itu, Dr Ahmed berkata, beberapa hospital dan pusat kesihatan di Lembah Klang, Pantai Timur dan Sabah serta Sarawak sudah menghubunginya untuk mendapatkan kubikel ini.

“Ketika ini, kami akan melalui beberapa saringan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan reka bentuk dan fungsi kubikel ini, selamat,” katanya.

Malah, katanya, pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Penemuan (MOSTI) juga sudah menghubunginya untuk mendapatkan maklumat mengenai kubikel ini.

Sementara itu, seorang doktor perubatan, Dr Megat Mohammad Amirul Amzar mengharapkan kubikel ini akan menjadi penyelesaian terhadap masalah kekurangan alat pelindung diri (PPE) yang dihadapi petugas barisan hadapan, hari ini.

“Petugas kesihatan negara sedang berdepan keperluan PPE yang amat penting dalam rawatan pesakit COVID-19.

“Dengan kewujudan kubikel ini, kebergantungan kepada PPE akan dapat ditangani dan lebih banyak ujian COVID-19 dapat dijalankan,” katanya.

Mengenai keberkesanannya, beliau yang sedang berkhidmat di sebuah pusat saringan ibu negara, berkata ia tertakluk kepada sistem pembersihan dan dekontaminas, ujian tekak, sampel yang diambil serta pengudaraan dalam kubikel.

“Sekiranya semua faktor ini diuruskan dengan baik, saya rasa kubikel ini berpotensi menjadi Penemuan cemerlang menangani wabak ini,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • Kubikel pertama saring COVID-19 dipasang di HTAA

    Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail