18eureka.transformed.jpg

Kumpulan Eureka pertaruhkan single Kejari Pelangi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KUMPULAN Eureka. – Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Kecundang bersama kumpulan Klangit, pemain gitarnya, Haris Muhamad, meneruskan perjuangan di bidang muzik dengan menubuhkan band baharu diberi nama Eureka.

Berusaha mencari ruang dalam arena seni tempatan, Haris memilih dua lagi pemuzik berpengalaman, Peekay dan Joy Fikri bagi memperkuatkan kumpulan berkenaan.

Jika pemain dramnya, Peekay, pernah menganggotai kumpulan punk rock sejak 2005, pemain gitar bes pula, Joy, banyak terbabit dengan muzik underground.

Memilih single Kejari Pelangi, Haris berharap Gita terbabit mendapat sokongan baik daripada peminat. Gita terbabit ialah hasil ilham Haris sendiri dengan liriknya ditulis oleh Li OL.

“Kami mengambil masa selama tiga bulan bagi proses rakaman dan adunan muzik Gita ini di E Studio Productions.

“Kami mempertaruhkan Aliran rock komersial moden dan alternatif bagi menarik perhatian penggemar muzik masa kini. Kami juga berusaha menghasilkan karya yang dilihat bermutu tinggi supaya ia bukan saja memikat pendengar tempatan, tetapi juga di luar negara,” katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Haris turut menegaskan, penubuhan kumpulan itu bukan bermakna dirinya membelakangkan anggota Klangit lain kerana beliau terlebih dulu memaklumkan hasrat menubuhkan band baharu selepas masing-masing membawa haluan sendiri.

Mengenai pemilihan nama Eureka, Haris berkata, perkataan dalam bahasa Greek itu membawa maksud idea yang positif.

Kumpulan Eureka pertaruhkan single Kejari Pelangi

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *