20rembau2.transformed.jpg

Ladang lembu jadi makmal dadah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

REMBAU: Polis membongkar makmal memproses dadah disyaki syabu, di sini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta di sekitar Negeri Sembilan serta Selangor.

Polis turut menahan 16 individu, termasuk lapan orang yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, Geng 36, dalam dua operasi berasingan yang dijalankan pada 13 dan 14 Februari lalu.

Lima daripada mereka yang ditahan itu juga Adalah warganegara India. Operasi dua hari itu dilaksanakan JSJN Bukit Aman dengan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan JSJN Selangor.

Dalam lapan sebuan yang dilancarkan itu, polis merampas 26.52 kilogram dadah disyaki syabu, 84 kg cecair disyaki cecair meth, 635.19 kg cecair disyaki bahan kimia (ephederine sodium), 120.37 kg serbuk disyaki bahan kimia (amonia, asid hidroklorik, aseton) dan 47.3 kg dadah disyaki ganja, semuanya dianggarkan bernilai RM4.3 juta.

MESIN memproses jenis dadah yang dirampas sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada sidang media Jabatan Siatatan Jenayah Narkotik bersama Elemen Special Tactical Intelligence Narcotic Group (STING) Bukit Aman di IPD Rembau. – Foto Dzlan Sidek

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis turut menyita tujuh buah kereta, sebuah motosikal, wang tunai India sebanyak 4,660 Rupees, wang tunai Malaysia RM4,721 dan lima akaun bank yang dibekukan, semuanya bernilai RM323,000.

“Serbuan bermula di sebuah ladang ternakan lembu di Kampung Kundur Tengah, Pedas, di sini, yang disyaki dijadikan makmal memproses dadah jenis syabu.

“Polis menahan lima lelaki, termasuk tiga warganegara India dalam sebuan itu, yang kemudiannya membawa kepada penahanan Pakar sindiket yang lain,” katanya.

Beliau berkata, semua tahanan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Ladang lembu jadi makmal dadah

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *