00123057.jpg

Lady Gaga Beri Kejutan Jadi Pelayan di Kafe Milik Bapanya

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Agak lama juga Lady Gaga Tak muncul dengan ‘kerja gilanya’. Baru-baru ini, dia memberi kejutan kepada pelanggan di restoran baharu milik bapanya yang terletak di Grand Sentral, New York.

Dia sebenarnya datang ke restoran itu untuk Santap tetapi tiba-tiba mengambil alih tugas pekerja di situ dengan mengambil pesanan makanan dan minuman daripada pelanggan yang datang.

Dengan hanya mengenakan baju-T dipadankan dengan seluar hitam serta memakai cermin mata hitam, Gaga berdiri di kaunter dan mengambil pesanan pelanggan.

Tak lama kemudian, dia duduk dan menikmati ayam goreng dan segelas beer bersama keluarganya.

Peminat yang berada di restoran itu Tak melepaskan peluang mengambil gambar bersamanya selepas dia selesai Santap.

Menerusi laman Instagram, bintang Pop itu memuat naik gambar beserta kapsyen memberitahu dia sempat singgah di restoran tersebut yang diberi nama Art Bird NYC itu.

Lady Gaga Beri Kejutan Jadi Pelayan di Kafe Milik Bapanya

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *