asraf.transformed_1.jpg

Laluan mudah bukan tiket selesa – Asyraf Ali

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PELAKON baharu, Asyraf Ali.

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Asyraf Ali, 22, menganggap laluan mudah menembusi arena lakonan sebagai tiket untuk selesa sebaliknya peluang membintangi taruhan pertama drama rantaian Jejak Karmila dijadikan penanda aras untuk diri sendiri.

Asyraf mengakui kepercayaan pengarah, Murali Abdullah memberikannya watak besar walaupun masih terlalu hijau dalam bidang lakonan secara Tak langsung menyuntik semangat menggalas cabaran sebagai bakat baharu serba boleh.

“Semuanya bermula ketika saya menyertai uji bakat di Festival Drama ketika menjalani latihan bersama Media Prima. Seperti calon lain, saya mencuba nasib dengan menonjolkan bakat sedia ada. Tak sangka pula Bila peluang datang, saya diberikan watak besar sedangkan saya masih bertatih.

“Namun saya enggan mendabik dada sebaliknya berusaha menjiwai watak demi memuaskan hati pengarah dan penonton. Hanya kerana jalan yang saya lalui ini tampak agak mudah, Tak bermakna saya sudah selesa.

“Sebagai persediaan, saya mengambil kelas lakonan di bawah didikan pelakon versatil, Fauziah Nawi. Saya berterima kasih kepada pihak produksi kerana menitik beratkan aspek ini sekali gus membantu saya memperbaiki mutu lakonan,” katanya kepada BH Online.

Drama 13 episod yang turut menjalani penggambaran di Balai Berita, Bangsar dan dijadualkan menemui penonton TV3 pada awal Disember depan turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud, Ruhainies, Ben Ali dan Mia Ahmad.

LAKONAN Asyraf Ali dalam drama Jejak Karmila.

Jejak Karmila mengisahkan perjalanan Suraya lakonan Mia Ahmad dan Noni (Ruhainies) berusaha menjejaki ibu mereka, Karmila (Fauziah) yang dipenjarakan kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anak-anak.

Laluan mudah bukan tiket selesa – Asyraf Ali

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *