1506373056_image28629.jpg

Lapan negara lagi kena sekat dengan Trump

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pentadbiran Trump melancarkan sekatan perjalanan baru terhadap pelancong  daripada lapan buah negara iaitu Chad, Iran, Libya, Korea Utara, Somalia, Syria, Venezuela, dan Yemen lapor CNN.

Sekatan tersebut dikatakan sebagai pengganti kepada sekatan perjalanan (travel ban) yang menjadi kontroversi awal tahun ini.

Sekatan baru tersebut berbeza-beza mengikut negara termasuklah menggunakan pendekaran berperingkat.

Trump menerusi laman Twitternya menjelaskan tindakannya itu.

“Keutamaan nombor satu saya Adalah menjadikan Amerika negara yang selamat, kita Tak akan membenarkan orang-orang tersebut ke dalam negara kita,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan ‘White House’ mendakwa sekatan baru tersebut sebagai satu langkah kritikal dalam mewujudkan sistem imegresen yang melindungi keselamatan rakyat.

“Kita Tak boleh meneruskan dasar yang gagal pada masa lalu menyebabkan keadaan yang berbahaya kini.

“Kewajipan tertinggi saya Adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Amerika dengan mengeluarkan sekatan perjalanan baru ini. Saya kini menunai kewajipan tersebut,” kata Trump lagi.

Terdahulu, pentadbiran menggunakan perintah eksekutif untuk melarang pelancong daripada enam negara majoriti Muslim untuk memasuki negara itu kecuali individu tersebut mempunyai hubungan ‘bona fide’ di Amerika.

Negara-negara tersebut Adalah Iran, Syria, Libya, Somalia, Yemen dan Sudan.

Lapan negara lagi kena sekat dengan Trump

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *