AS130417HF005.jpg.transformed.jpg

Latihan industri pelajar sekolah menengah atas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

DATUK Ahmad Tajudin Jab (tiga dari kiri) diiringi Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, Yusri Bappu (empat kiri) beramah mesra bersama pelajar selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang di Majlis Hari Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba kali ke-28 di Dewan Semarak Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba. – Foto Sharul Hafiz Zam

JITRA: Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) bagi pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang kurang cemerlang dalam akademik.

Menerusi PIMA, pelajar berkenaan hanya akan ke sekolah selama dua hari seminggu, manakala bakinya digunakan untuk menjalani latihan di tempat industri.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Datuk Ahmad Tajudin Jab, berkata PIMA diwujudkan khas bagi membantu pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik bagi memastikan mereka turut mempunyai masa depan khususnya dalam pasaran pekerjaan kelak.

Ahmad Tajudin berkata, program ini bertindak sebagai persediaan awal kepada pelajar untuk ke alam pekerjaan, selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan Tak semua mereka ini mampu berjaya dalam akademik.

“Kita sudah berbincang dengan pihak kementerian untuk melaksanakan program ini dan mereka bersetuju, …cuma sekarang kita nak bentangkan kepada Menteri Pendidikan (Datuk Seri Mahdzir Khalid) untuk pelaksanaan secara keseluruhannya.

“Melalui PIMA yang akan kita laksanakan di semua sekolah menengah harian ini, pelajar yang terbabit akan hanya datang ke sekolah dua hari, manakala tiga hari lagi mereka akan menjalani latihan di tempat industri.

“Oleh kerana pelajar kita ramai, satu kohort ada kira-kira 500,000 namun akhirnya yang masuk universiti hanya 120,000 …jadi baki itu baik kita salurkan kemahiran kepada mereka lebih awal,” katanya di sini, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Tajudin berkata, projek perintis PIMA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor sejak dua minggu lalu dijangka diperkenalkan kepada lebih 2,000 sekolah di seluruh negara, seawal-awalnya Jun ini.

Di SMK Bukit Rahman Putra, 25 pelajar dipilih untuk mengikuti latihan industri membabitkan tujuh bidang antaranya automotif, tekstil, spa dan pemasangan penghawa dingin.

Latihan industri pelajar sekolah menengah atas

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *