31trump.transformed_0.jpg

Lebih 100 diplomat bantah dasar pelarian Trump

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif memotong peraturan, disertai oleh pemimpin-pemimpin perniagaan kecil di Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington. – Foto REUTERS

WASHINGTON: Lebih 100 diplomat Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) sudah menandatangani memorandum membantah arahan eksekutif Presiden Donald Trump minggu lalu untuk menggantung program pelarian dan menyekat kemasukan rakyat tujuh negara Islam.

Draf dikenali ‘Dissent Channel’ (Saluran Tentangan), diwujudkan ketika Perang Vietnam sebagai Tips diplomat memberi isyarat langsung kepada pengurusan kanan berhubung bantahan mereka terhadap keputusan dasar luar.

Komunikasi itu biasanya sulit dan mungkin dilakukan tanpa nama jika mana-mana penanda tangan bimbang tindakan balas.

Beberapa versi draf itu kini diedarkan sekitar Jabatan Negara, oleh kerana diplomat sedang mempertimbangkannya dan meminta semakan. Lebih 100 diplomat sudah menandatanganinya, menurut diplomat yang biasa dengan berurusan dengan perkara itu.

Walaupun ia masih diedarkan, Setiausaha Media Rumah Putih Sean Spicer berkata, larangan perjalanan Trump menjadikan AS lebih selamat dan memberitahu penentang: “Birokrat berkerjaya ada masalah dengannya? Saya fikir mereka yang sepatutnya menyertai program itu atau boleh pergi (melepaskan jawatan).”

Memorandum itu kemungkinan akan diserahkan kepada Pemangku Setiausaha Negara Thomas Shannon, pegawai dilantik daripada pentadbiran Barack Obama, yang akan menguruskan jabatan itu sehingga setiausaha negara baharu disahkan.

Secara berasingan, lebih 100 bekas pegawai yang berkhidmat dengan pentadbiran Demokrat dan Republikan mengeluarkan surat terbuka menggesa Trump membatalkan arahan eksekutif ke atas pelarian dan pendatang itu.

Penanda tangan kesemuanya bekerja dalam dasar luar dan keselamatan negara. Mereka termasuk pegawai kanan Rumah Putih, Jabatan Negara dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) serta jeneral dan laksamana bersara. Antaranya ialah Madeleine Albright dan bekas pengarah CIA, Michael Hayden. -Agensi

Lebih 100 diplomat bantah dasar pelarian Trump

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *