28942582_10215300053204104_243624579_o.png.transformed.jpg

Lebih 20,000 dijangka hadir Himpunan Rakyat Tanah Merah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KOTA BHARU: Lebih 20,000 orang dijangka hadir memeriahkan Karnival Himpunan Rakyat Tanah Merah bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Jumaat ini.

Majlis yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah itu menyediakan pelbagai acara menarik.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan oleh pakar motivasi, Syamsul Amri Ismail atau dikenali Syamsul Debat dan pelawak, Shahrul Shiro.

Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu sangat dinanti-nantikan rakyat Kelantan khususnya Tanah Merah.

Beliau berharap kehadiran Ahmad Zahid membawa khabar gembira kepada penduduk Tanah Merah dan sekitar selain mampu menyuntik semangat kepada rakyat.

“Justeru, kita berharap orang ramai hadir pada majlis berkenaan kerana pelbagai acara menarik disediakan termasuk jualan sentuhan rakyat iaitu pelbagai barangan keperluan asas dijual dengan harga Hemat seawal jam 10 pagi.

“Malah, cabutan bertuah juga cukup lumayan iaitu Perodua Axia sebagai hadiah utama. Kita juga menyediakan makanan percuma kepada 40,000 pengunjung termasuk menu istimewa 100 ekor kambing bakar,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran ‘Upin & Ipin’ juga mampu menarik pengunjung yang hadir terutama kanak-kanak.

“Pada majlis berkenaan, kita akan melancarkan sumbangan Aidilfitri dan semestinya ini yang ditunggu-tunggu penduduk Tanah Merah.

“Kita mengharapkan warga Tanah Merah dan penduduk sekitar hadir memeriahkan majlis berkenaan selain mendengar amanat

Timbalan Perdana Menteri,” katanya sambil menambah yang jamuan itu bermula jam 12 tengah hari.

Lebih 20,000 dijangka hadir Himpunan Rakyat Tanah Merah

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *