10pasirgud.transformed.jpg

Lebih 50 peratus sudah mengundi di Pasir Gudang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

PASIR GUDANG: Lebih 50 peratus pengundi sudah melaksanakan tanggungjawab mereka di semua 213 saluran di Parlimen Pasir Gudang sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pasir Gudang, Hahasrin Kamal Hashim, berkata pihaknya menganggarkan semua saluran sudah melebihi 50 peratus keluar mengundi.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya kini sedang memantau semua saluran bagi mengatasi masalah kelewatan sebutan nama pengundi bagi mengurangkan tempoh menunggu.

SEBAHAGIAN pengundi mengambil kertas undi bagi di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 1, Pasir Gudang pada hari Pembuangan Undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Foto Hairul Anuar Rahim

“Kebanyakan laporan kita terima di semua tempat mengundi ialah masa menunggu yang lama dan kami sedang memantau semua saluran supaya mempercepatkan sebutan bagi mengurangkan masa menunggu pengundi.

“Sehingga kini, kami anggarkan lebih 50 peratus pengundi sudah mengundi di semua saluran, namun semuanya berjalan lancar tanpa ada pergaduhan atau perkara di luar jangka,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Parlimen Pasir Gudang memiliki 43 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 213 saluran mengundi.

Lebih 50 peratus sudah mengundi di Pasir Gudang

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *