rumahtwanee.transformed.jpg

Lebih 500 banjiri rumah keluarga Tan Wee Kiong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

ORANG ramai mula membanjiri perkarangan rumah keluarga Tan Wee Kiong bagi berkongsi debaran detik perlawanan akhir acara beregu lelaki badminton Sukan Olimpik Rio yang akan berlangsung sebentar lagi menerusi layar gergasi.

TANGKAK: Kira-kira 500 penduduk Kampung Kundang Ulu dan sekitar mula membanjiri perkarangan rumah keluarga Tan Wee Kiong bagi berkongsi debaran detik perlawanan akhir acara beregu lelaki badminton Sukan Olimpik Rio yang akan berlangsung sebentar lagi menerusi layar gergasi.

Layar gergasi terbabit disediakan oleh keluarga Wee Kiong sebagai tanda kesyukuran selain ingin mengajak penduduk kampung berkenaan untuk sama-sama menyaksikan aksi anak jati kampung itu bersama pasangannya Goh V Shem yang akan menentang pasangan China pada aksi yang menjadi penentu siapakah yang Akan membawa pulang pingat emas Olimpik.

Kejayaan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menumpaskan seteru utamanya, Lin Dan dalam aksi mendebarkan dalam perlawanan perseorangan terdahulu, mencetus keterujaan hadirin yang sememangnya yakin pasangan beregu itu akan dapat mengakhiri kemarau pingat emas Olimpik untuk negara.

Adik Wee Kiong, Tan Wee Gieen, 22, yakin abangnya bersama V Shem mampu membawa pulang pingat emas pertama untuk negara berikutan aksi konsisten yang ditunjukkan pasangan itu pada perlawanan sebelum ini termasuk menumpaskan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan sebelum ini.

“Saya sememangnya berasa bangga dengan kejayaan abang (Wee Kiong) mara ke perlawanan akhir dan saya yakin abang akan mampu meraih emas pertama untuk Malaysia.

“Kejayaan Chong Wei (menumpaskan Lin Dan) juga akan bagi abang saya lebih bersemangat dan saya yakin abang akan mampu mencipta kemenangan kelak,” katanya.

Selain itu, penduduk Kampung Kundang Ulu, Nizam Misran, 46, berkata beliau yakin pasangan beregu negara mampu membawa pulang pingat emas pada saingan Olimpik kali ini.

“Harapan saya ialah pasangan beregu kita akan dapat membawa pulang pingat emas. Semoga doa dari seluruh rakyat Malaysia dan orang Kampung Kundang Ulu akan membolehkan kita mendapat emas nanti,” katanya.

Bagi Roslina Mohd Noor, 36, beliau menaruh keyakinan tinggi pasangan negara akan mampu mencapai impian untuk mendapatkan emas pertama untuk negara.

“Saya yakin Malaysia akan membawa pulang pingat emas pertama kali ini. Apa pun, Malaysia boleh,” katanya.

Lebih 500 banjiri rumah keluarga Tan Wee Kiong

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *