img01_1533874656.jpg

Legenda Puteri Saadong

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Program Siri Semarak Bangsawan 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan membuka pentas dengan pementasan bangsawan Puteri Saadong arahan Zack Zaideen daripada kumpulan Anak Seni Pendidikan Kelantan (Aspek Opera), Kelantan.

Persembahan bermula hari ini (10 Ogos), 11 dan 12 Ogos ini akan berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), jam 8.30 malam.

Naskhah ini diambil daripada kisah legenda Puteri Saadong, anakanda angkat kepada pemerintah Kelantan ketika itu, Cik Siti Wan Kembang.

Ia bukan saja mengangkat sejarah Kelantan dan Pattani selepas keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka bahkan menitipkan sumbangan hebat wanita yang mewariskan semangat luar biasa kepada generasi baharu pada masa kini.

Legenda Puteri Saadong yang digaul daripada sejarah dan cerita rakyat ini menjadi warisan kesusasteraan serta kebudayaan yang Tak ternilai kerana dapat membina jati diri bangsa yang kuat.

Zack berkata, cerita Puteri Saadong Adalah sebuah naskhah yang sudah lama dinantikan untuk diangkat ke pentas bangsawan.

Dia mengakui perlu berhati-hati dan merujuk banyak bahan sejarah yang boleh dipercayai dan diyakini bagi menyiapkan sebuah naskah hebat mengangkat cerita legenda yang sudah sebati dengan jiwa serta kehidupan masyarakat Melayu khasnya rakyat Kelantan.

“Saya banyak rujuk Tengku Harun Al Rashid Tengku Alias, seorang kerabat diraja Kelantan. Kebetulan beliau mempunyai sebuah buku yang ditulis oleh ayahandanya, Tengku Elias Mahamood bertajuk Sistem Pemegang Adat Dan Undang-Undang Mengenai Tanah Di Negeri-Negeri Melayu.

“Buku ini menjadi antara bahan rujukan dalam menyiapkan skrip bangsawan Puteri Saadong. Pelbagai pengalaman dan rujukan yang dikutip saya sisipkan dalam karya ini agar menjadi sebuah cerita legenda sejarah yang dapat diterima kebenarannya,” katanya.

Pelakon terkenal Amar Asyraf memegang watak utama sebagai Raja Abdullah manakala Ellika Azman sebagai Puteri Saadong.

Turut berlakon antaranya Hairi Safwan (Raja Loyor), Nouris Hida (Cik Siti Wan Kembang), Asyiekin (Puteri kembang Sekuntum), Haddi Al Haq (Penghulu Ngah Jembal) dan ramai lagi.

Aktivis teater Azerai Azmi pula akan ditampilkan sebagai Tauke Panggung.

Sementara itu, Panggung Seni Tradisional 2018 pula akan menampilkan teater tradisional negeri Kedah, Mek Mulung Hikayat Puteri 12 Beradik pada 17, 18 dan 19 Ogos ini di lokasi sama.

Persembahan tulisan dan arahan Zamzuriah Zahari ini menampilkan kumpulan Darinai Dance dan akan diserikan dengan penampilan beberapa Seniman undangan seperti Hairi Safwan (Anak Wayang), Che Mat (Raja Lawak), Asmidar (Vokal Bukan Sekadar Rupa) serta Fiza Thomas (AF2016), manakala Dr Marlenny Deenerwan bertindak sebagai penasihat dan penerbit eksekutif.

Turut Menciptakan penampilan ialah tokoh dan ‘pewaris’ mek mulung yang didatangkan khas dari Kampung Wang Tepus, Jitra, Kedah iaitu Ahmad Shahadan, Saad Taib, Kamarusdin Debak dan Ishak Man.

Legenda Puteri Saadong

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *