bakar29-o_BHfield_image_listing_featured.var_1585446190.jpg

Lelaki bakar hutan simpan ditahan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

SIK: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) menahan seorang lelaki dan memburu beberapa lagi individu yang disyaki membakar kawasan hutan simpan di sini, bagi tujuan pertanian.

Pengarah JPNK, Roslan Rani, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 5 petang 19 Mac lalu, di kompartmen 16 Hutan Simpan Bukit Enggan, Sik.

Katanya, lelaki terbabit dipercayai mula membakar hutan berkenaan pada waktu tengahari pada 19 Mac sebelum disedari anggota jabatan yang melalukan tugas rondaan pemantauan.

Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan bomba sedang memadam kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. - Foto ihsan JPNK
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan bomba sedang memadam kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. – Foto ihsan JPNK

“JPNK bersama bomba mengambil masa lima hari bagi memadam kebakaran di kawasan itu, namun ketika operasi memadam dilakukan di kawasan itu, satu lagi kebakaran dikesan di Hutan Simpan Terenas, Sik, pada 22 Mac.

“Pihak bomba mengalami kesukaran memadam kebakaran di Hutan Simpan Terenas berikutan bentuk muka buminya yang bercerun dan tiada punca air.

“Berikutan itu, kaedah bom air terpaksa diguna bagi memadam kebakaran di Hutan Simpan Terenas dan sehingga kini ia masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. - Foto ihsan JPNK
Kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. – Foto ihsan JPNK

Mengulas lanjut, Roslan berkata antara kawasan hutan simpan lain yang terbakar sebelum ini Adalah Hutan Simpan Bukit Perangin, Kubang Pasu pada 18 Mac dan Hutan Simpan Pedu, Padang Terap pada 23 Mac.

Semua kebakaran sudah dipadam dan kawasan kebakaran dianggarkan melebihi 20 hektar dengan kerugian bernilai jutaan ringgit.

“Semuanya berpunca daripada sikap individu yang tamak mahu ‘membuka’ hutan dengan tujuan menanam Utama getah dan buah-buahan.

“Mereka mengambil kesempatan membakar hutan simpan ketika musim kemarau dan melanggar perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan bomba sedang memadam kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. - Foto ihsan JPNK
Anggota Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan bomba sedang memadam kebakaran Hutan Simpan Terenas, Sik yang disyaki dibakar bagi tujuan pertanian. – Foto ihsan JPNK

Lelaki bakar hutan simpan ditahan

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail