taylor-swift-stalker-warned.jpg

Lelaki Bawa Pistol Guna Alasan Mahu Lindungi Taylor Swift

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Taylor Swift nampaknya perlu lebih berhati-hati ekoran seorang peminat fanatik yang secara tiba-tiba mendakwa sebagai teman lelakinya.

Lebih mengejutkan, peminat lelaki itu memberitahu polis bahawa dia memerlukan sepucuk pistol untuk melindungi pelantun Gita End Game itu.

Lapor Daily Mail, penguatkuasaan undang-undang di New Hampshire berkata lelaki berusia 58 tahun itu disoal siasat selepas insiden kelakuannya menjerit-jerit di sebuah stesen minyak. Lelaki itu engatakan dia Adalah teman lelaki superstar pop itu.

Selain itu, dia juga menunjukkan kepada polis satu mesej dan mendakwa “Taylor Swift” sebagai penerima. Polis kemudian curiga dengan lelaki itu lalu bertanya bagaimana dia boleh membawa senjata ke merata-rata tempat. Lelaki terbabit berkata, dia memerlukan pistol untuk melindungi Taylor di Afrika.

Polis bagaimanapun, Tak menahan beliau kerana seseorang yang mengatakan dia mahu pistol untuk melindungi orang lain bukanlah satu jenayah.

Pihak polis juga telah cuba untuk menghubungi pengurusan Taylor untuk memberi amaran kepada beliau tentang peminat fanatik tersebut

Berdepan dengan peminat peminat yang taksubterhadap dirinya bukanlah sesuatu yang baru bagi Taylor. Pada Julai tahun lalu, seorang individu yang Tak dikenali muncul di depan rumah beliau di Rhode Island dan mahu mengahwininya.

Selain itu, seorang lagi lelaki, Mohammed Jaffar telah dihantar ke usat psikiatri pada bulan September selepas memecah masuk aparment Taylor yang terletak di New York sekitar Februari tahun lalu.

Lelaki Bawa Pistol Guna Alasan Mahu Lindungi Taylor Swift

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *