iStock-490478936.jpg.transformed.jpg

Lelaki Thai ditahan seludup sperma ke Laos

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

– Foto hiasan www.timeslive.co.za

BANGKOK: Pihak berkuasa kastam Thailand menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup enam botol sperma ke Laos.

Seorang pegawai kastam Thailand berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di bandar sempadan Nong Khai bersama tiub yang dibungkus dalam tangki nitrogen.

“Ini Adalah kali ke-13 dia melakukan penyeludupan (air mani) melalui Nong Khai,” kata pegawai yang enggan dikenali kepada AFP.

Pihak berkuasa percaya botol kaca itu dihantar ke klinik ibu tumpang di Laos, sebuah negara miskin yang mendapat permintaan tinggi untuk perniagaan ‘menyewa rahim’.

Khidmat ‘menyewa rahim’ di Laos mendapat permintaan tinggi selepas Thailand dan Kemboja mengenakan kawalan ketat terhadap kegiatan itu.

Beberapa agensi ibu tumpang dan klinik persenyawaan in-vitro (IVF) semakin banyak muncul Laos muncul sejak beberapa bulan kebelakangan ini, menurut kumpulan perunding Families Through Surrogacy.

Sesetengah daripada pusat berkenaan menawarkan khidmat melakukan pemindahan janin di Laos dan kemudian menghantar ibu tumpang ke Thailand kerana dikatakan kemudahan perubatan lebih baik di negara itu. – AFP

Lelaki Thai ditahan seludup sperma ke Laos

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *