1513810475_image28129.jpg

Lempang Tak boleh, kecuali rotan

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Garis panduan sudah menetapkan bahawa seorang guru Tak dibenarkan menampar pelajarnya walaupun bertujuan memberi pengajaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berkata, seorang guru bagaimanapun dibenarkan merotan pelajarnya setelah mendapat kebenaran daripada pengetua atau guru besar sekolah.

“Guru yang boleh merotan itu pula, Adalah yang telah diberikan kuasa atau dilantik oleh guru besar atau pengetua seperti penolong kanan hal ehwal murid atau guru disiplin. Ketika merotan perlu ada saksi dan pelajar perlu turunkan tandatangan.

“Operasi Prosedur Standard (SOP) sudah ada, cuma dalam keadaan tertentu seorang guru perlu tegas dan dalam ketegasan itu mungkin guru itu tertampar atau mencubit. Sebagai ibu bapa, selagi ia Tak mendatangkan kecederaan maafkanlah. Itu sebagai mendidik anak-anak,” katanya.

Namun, Tak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang Tak boleh menerima tindakan guru ini dan mahukan anak mereka dilayan bagaikan raja.

“Anak-anak ini pula kalau ibu bapa ‘memperjuangkan’ tindakan mereka, pelajar akan rasa macam rajalah. Sebagai ibu bapa, mereka perlu profesional dan Tak emosional,” katanya.

Kamarozaman berharap, isu ini dapat diselesaikan secara baik.

“Saya mohon pihak luar yang Tak terlibat dalam isu ini, menjadi pendamai, bukannya mengeruhkan lagi keadaan.

“Jangan mengambil kesempatan, kerana ia akan merosakkan satu sistem yang selama ini dihargai masyarakat,” katanya.

Lempang Tak boleh, kecuali rotan

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *