perkaan1.transformed.jpg

Liga Super: Perak aib Kedah di Darul Aman

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail

PEMAIN Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad (tengah) Diasak pemain Perak, Leandro Dos Santos Oliveira (kanan) dan Mohd Hafiz Kamal pada aksi Liga Super di Alor Setar, malam tadi. – Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Ketiadaan beberapa tonggak meranapkan rekod tanpa kalah Kedah di laman sendiri Bila kecundang 2-3 di tangan Perak dalam aksi Liga Super, di sini, malam tadi.

Pada aksi itu, skuad Bos Gaurus lebih dulu melakukan percubaan berbahaya menerusi Yashir Pinto pada minit ke-12, namun berjaya dipatahkan manakala cubaan susulan Nazrin Nawi melencong ke bahagian kiri pintu gol.

Skuad Helang Merah yang dikendalikan Nidzam Adzha Yusoff memperoleh peluang untuk jaringan pembukaan Bila bola hantaran lintang Syazwan Zainon pada minit ke-18 tepat ke sasaran, namun gagal dimanfaatkan Syafiq Ahmad.

Perak kembali mengatur serangan Bila Pinto mencemaskan pintu gol Kedah pada minit ke-28 dengan tandukan tepat ke arah gol, namun ketangkasan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal menidakkan percubaan itu.

PENJAGA gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim merampas bola daripada Pemain Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad pada aksi Liga Super di Alor Setar, malam tadi. – Foto Amran Hamid

Perak berjaya memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-30 menerusi percubaan Nasir Baharudin, namun bola yang cuba disekat pemain bek kanan Syazwan Tajuddin tertampan masuk ke gawang Kedah.

Bersambung babak kedua skuad Helang Merah sekali lagi dikejutkan pada minit ke-46 dengan gol kedua hasil penyudah Nasir yang beraksi lincah dalam kawasan penalti buat menewaskan Ifwat.

Kedah bagaimanapun pantas bangkit memecah kebuntuan dengan gol pertama menerusi hantaran Syazwan pada minit ke-58 yang disudahkan dengan tandukan kemas pemain tengah, Sandro Da Silva.

Perak memperoleh gol ketiga menerusi gerakan pantas Gilmar pada m-72, sebelum Kedah mengambil giliran menambah gol kedua menerusi tandukan Liridon Krasniqi pada minit ke-84.

Namun ia masih belum mampu menghalang Perak pulang ceria membawa mata penuh hasil kemenangan 3-2.

Liga Super: Perak aib Kedah di Darul Aman

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail