wanju17.jpg.transformed.jpg

Limpahan Sungai Pahang cemar Tasik Chini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) di Tasik Chini ketika hadir pada lawatan kerja untuk meninjau kualiti air tasik tersebut. – Foto Farizul Hafiz Awang

PEKAN: Pencemaran di Tasik Chini di sini, berpunca daripada limpahan Sungai Pahang setiap kali musim tengkujuh.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata masalah pencemaran itu tiada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan perlombongan yang didakwa beroperasi di sekitar kawasan berkenaan.

“Berdasarkan tinjauan, kita boleh lihat tiada aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan sekitar. Jika ada pun kesan pembalakan atau perlombongan, ia Adalah kesan lama dan tiada kegiatan baharu.

“Kita boleh katakan pencemaran di Tasik Chini lebih kepada kesan kemasukan air dari Sungai Pahang setiap kali banjir besar,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Tasik Chini di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Wan Junaidi berkata, satu jawatankuasa khas ditubuhkan Mac tahun lalu bagi memantau pelaksanaan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini.

Katanya, jawatankuasa itu diketuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dibantu agensi berkaitan bagi memantau kualiti air, penguatkuasaan, pemuliharaan dan kesedaran awam.

“Kualiti air di sini semakin baik. Ada kawasan di tasik ini kualiti airnya mencapai Kelas Satu dan Dua. Kita akan pastikan sasaran kualiti air Kelas Satu di semua kawasan Tasik Chini menjelang tahun 2019 dapat dicapai,” katanya.

Limpahan Sungai Pahang cemar Tasik Chini

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *