sizlyn1.transformed.jpg

'Lin, baliklah. saya tunggu kau di sini,' – sepupu Syzlin Hataman

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

JOHOR BAHRU: “Lin, baliklah saya tunggu kau kat sini. Walaupun orang lain (keluarga) tak nak terima, saya tetap terima kau Lin,” luah sepupu kepada wanita yang menjadi mangsa keldai dadah di Peru, Norabdah Mahmood, 47, ketika ditemui di sini, hari ini.

Norabdah berkata, beliau Tak pernah memutuskan tali kekeluargaan dengan Syzlin Hataman, 42, yang menjalani parol di Peru, malah sentiasa berharap sepupunya itu dapat kembali ke tanah air dengan selamat.

“Saya boleh terima (Syzlin), jangan risau. Sejahat-jahat dia, Syzlin pernah buat baik pada saya dan menjaga saya ketika sakit suatu ketika dahulu. Ini sebagai balasan untuk dia, walaupun yang lain mungkin tak Senang, Tak mengapalah saya tetap terima dia duduk di sini tinggal bersama saya.

“Jaga diri baik-baik dan Santap ubat, Insya-Allah ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi di sini (Malaysia),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Kenari, Larkin Jaya dekat sini.

Sementara itu, ibu saudara kepada Syzlin, Robiah Abdullah, 67, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan Syzlin Adalah pada bulan lalu bagi membantunya yang menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perubatan di Peru.

“Bulan lalu dia ada hubungi saya mengatakan memerlukan wang untuk perbelanjaan ubat kerana sakit dan saya hanya mampu kirim wang berjumlah RM300 kepadanya.

“Dia selalu hubungi saya meminta wang, bagaimanapun saya hanya mampu membantu mana yang termampu kerana saya sendiri bergantung hidup pada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Hari ini, BH melaporkan Syzlin, yang sudah menjalani hukuman empat tahun dalam penjara di Peru merayu simpati mana-mana pihak untuk membawanya pulang ke tanah air.

ROBIAH (kanan) bersama Norabdah ketika ditemubual berkenaan isu membawa pulang Syzlin Hataman. – Foto Hairul Anuar Rahim

'Lin, baliklah. saya tunggu kau di sini,' – sepupu Syzlin Hataman

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *