paul_scholess_1534743240.jpg

Lindelof punca kalah – Scholes

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

MANCHESTER: Paul Scholes menyalahkan Victor Lindelof sebagai punca kekalahan mengejut Manchester United 2-3 di Brighton dengan menyifatkan pertahanan itu terlalu ‘perlahan’ dan ‘gila’.

Tetapi sebaliknya pula di media sosial Bila pelbagai hujah dikemukakan terhadap persoalan siapa yang perlu dipersalahkan susulan persembahan hambar di Old Trafford itu.

Bagaimanapun, pertahanan Sweden itu paling teruk dikecam kerana dilihat lalai sewaktu jaringan pembukaan Glenn Murray pada minit ke-25 sebelum terpaku tanpa memberi asakan dalam situasi sepakan sudut yang membawa kepada jaringan kedua Shane Duffy selang dua minit kemudian.

Romelu Lukaku merapatkan semula kedudukan pada minit ke-34, namun penyudah penalti Pascal Gross kembali menjarakkan keputusan menjadi 3-1 sebelum rehat separuh masa selepas kekasaran dilakukan Eric Bailly ke atas pemain Jerman itu.

Jaringan penalti lewat Paul Pogba bagaimanapun gagal menyelamatkan United daripada kekalahan itu selain gagal menutup kelemahan mereka di bahagian pertahanan yang pastinya mengecewakan Jose Mourinho.

PAUL scholes

Dan pengkritik BT Sport, Scholes Tak menunggu lama untuk mengecam persembahan jelek pertahanan United dengan kritikan itu lebih ditujukan kepada Lindelof.

“Saya fikir ia Adalah reaksi yang lemah daripada Lindelof,” katanya berhubung jaringan pembukaan Murray.

“Sebaik bola hantaran lintang itu menuju ke depan kawasan gawang dia sepatutnya memotongnya dan menutup ruang yang kosong itu.

“Sebaliknya dia pergi ke tepi untuk menerima bola, lihat betapa perlahannya dia kembali turun. Malah dia masih boleh memikirkan untuk cuba melakukan perangkap ofsaid dalam situasi itu, yang mana gila.”

Namun, penyokong lebih Getol menunding jari terhadap prestasi keseluruhan empat pertahanan United dengan ramai yang mencemuh Bailly, tatkala Vindelof turut Tak terlepas.

Seorang penyokong berkata: “Persembahan Bailly yang paling teruk pernah dipamerkannya. Tak sangka dia boleh beraksi seteruk itu.”

Seorang lagi mendakwa: “Lindelof seperti memakai selipar. Saya fikir saya amat meluat dengan permainannya.”

Seorang lagi penyokong memuat naik tweet: “Bagaimanakah Lindelof boleh bertindak seperti bos dibarisan pertahanan Sweden tetapi seperti badut untuk United?” – Agensi

Lindelof punca kalah – Scholes

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *