liza.transformed.jpg

Liza Hot FM kahwin 27 Februari

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

KAD perkahwinan penyampai radio Hot FM, Liza.

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Hot FM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, akan melangsungkan pernikahan dengan jurulatih kecergasan, Mohd Khairil Anuar Abdul Ghany, pada 27 Februari ini.

Majlis akad nikah itu akan dilangsungkan sehari selepas sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 di Kuantan, Pahang.

Menurut Liza, majlis pernikahan akan diadakan pada jam 9.30 pagi, diikuti acara persandingan jam 1 tengah hari.

Juara program realiti, Projek Metro, berasal dari Kuantan dan jejaka dari Gombak itu bertunang pada 10 Oktober, tahun lalu.

“Majlis kahwin ini akan berlangsung secara santai saja. Cukuplah andai tetamu yang hadir dapat merestui dan memeriahkan lagi hari bahagia kami,” kata Liza kepada BH Online.

Liza mula mengenali Khairil Anuar pada penghujung 2014 ketika diundang menjadi pengacara sebuah majlis hiburan di Melaka.

“Dalam tempoh berkenalan, bercinta dan bertunang, sudah pastilah ada dugaan yang datang. Begitupun, berikutan masing-masing sudah berusia, kami mampu mengatasinya. Kami juga Tak cepat melatah.

“Beliau juga Tak mengongkong saya. Bagaimanapun, perasaan cemburu dalam dirinya pastilah ada, cuma ia tidaklah sampai menjejaskan perhubungan. Lagipun, kami menghormati kerjaya masing-masing,” katanya sambil mengaku amat bersyukur Bila dijodohkan dengan lelaki yang memahami.

Tahun ini, genap tiga tahun Liza berkhidmat bersama stesen radio yang sudah pun mencecah usia sedekad itu.

“Tahun ini juga menjadi permulaan yang cukup baik buat saya. Selain bertugas di corong radio, saya juga diberi kepercayaan untuk mengacarakan program menjual barangan seperti Smart Shop dan Go Shop diterbitkan produksi Korea. Insya-Allah, saya boleh mengimbanginya sebaik mungkin. Rancangan itu mungkin dilancarkan Mac atau April depan.

“Saya juga menanti peluang untuk terus meneroka dunia pengacaraan dan pada masa sama mengekalkan momentum di radio,” katanya yang sudah beberapa kali diberi peluang mengacara program seperti Muzik Muzik dan Melodi.

Liza Hot FM kahwin 27 Februari

Related posts:

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *