09lkim.transformed.jpg

LKIM komited tangani masalah diesel bersubsidi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memandang berat teguran Jawatan Kuasa Kira-kira (PAC) dan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani masalah ketirisan subsidi diesel.

Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata LKIM mula melaksanakan dan memantau Skim Diesel Bersubsidi untuk nelayan di Semenanjung Malaysia pada 1 Januari 2006 dan enam bulan kemudian di Sabah dan Sarawak.

“LKIM bertanggungjawab memantau pelaksanaan operasi Jualan Diesel dan Petrol Bersubsidi oleh Persatuan Nelayan di Pusat-pusat Jualan.

“Beberapa penambahbaikan dilaksanakan oleh LKIM untuk menangani ketirisan bekalan, antaranya menukar penggunaan kad E-Diesel kepada hanya penggunaan kad pengenalan pemilik bot untuk pembelian minyak diesel dan menetapkan lori pengangkut hanya dari Syarikat pembekal minyak saja dan tiada pemilik persendirian,” katanya menerusi kenyataan media.

Semalam PAC meminta peranan LKIM sebagai agensi yang bertanggungjawab memberi diesel bersubsidi kepada nelayan dikaji semula.

LKIM komited tangani masalah diesel bersubsidi

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *